Sunday, 15 June 2014

Kereta pertama

Assalammualaikum

First of all, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Kereta dah dapat. Thanks mom. Rasa mudah sangat bila mak restu ape yang kita nak buat. 
Rasa macam mimpi je. Yela. Baru hari tu cakap. Just nak meluahkan je kat mak. Tup2 mak on je. Lagi la rasa mudah dan bersyukur sangat dapat mak mcam tu. :)

Kereta pertama aku. Hehe. Gambar pak cik google je. Malu nak letak gambar betoi. hehee. 

insya-allah , Allah permudahkan urusan aku. Lagi seminggu nak habis L.I. Rasa macam mimpi je. Tup tup dah habis kan. Amin amin amin sesangat.  :)



Saturday, 7 June 2014

Apa cita-cita Myza?

Assalamualaikum

First of all , nak bagi tau tinggal lagi dua minggu aku nak abeh praktikal. So excited!! 
tapi actually takot. Yela takot tak dapat kerjakan. Alhamdulillah , kereta dah nak settle, cukup masa dapat la kereta sendiri. Takot sebenarnya, Takot tak mampu nak sara. 
Tapi tak pe. Kereta tu boleh aku jadikan semangat untuk bekerja (kata lain terpaksa) hehe.. 

Ok. Back to the question. 
Sebenarnya ape cita-cita aku ek?

Aku ingat lagi, time kecik2 dulu aku nak jadi 
  1. Cikgu
  2. Polis
kenape aku nak jadi dua tu. sebab nye aku dulu suke main cikgu2. Tambah2 kalu ajar budak kecik. Geram sebab diorang comel sangat..hehehe

kedua sebab aku suke sangat tengok orang yang beruniform. Rasa smart and confident sangat bila pakai macam tu. 

besar sikit aku nak jadi
  1. peguam
  2. Businesswomen
  3. Cikgu
Peguam? emm macam tak je. Sebab aku tak pandai. hehe
Pas tu aku minat nak berniaga sendiri. Sebab aku tak suke bila orang arah2 aku buat kerja. Aku nak kerja yang aku buat tu aku buat dengan happy :)

Haaaaa.. sampai sekarang aku tak tau ape yang aku nak jadi sebenarnya.,

susah kan . susah susah sangat jadi ibu dah lah. hehe. ibu kepada anak2 yang comel..hahaha. sape nak kawen ngan aku cepat masuk meminang ye. :) hahaha jangan marah ye awak :P

Tuesday, 13 May 2014

Kenapa kita rasa kosong?

Assalammualaikum

Alhamdulillah, sekarang dah bulan 5. Sekejap je masa berjalan. Rasa macam takot nak hadapi masa-masa yang akan datang. Tak tahu ape yang akan aku lalui nanty. Hopefully aku kuat untuk hadapinya,

Kadang2 hati ni rasa kosong. Kenapa ek selalu macam tu. Kadang2 aku rasa macam banyak gila masalah aku. Sampaikan aku tak boleh pk mana satu yang kena settlekan.  Takot aku tersalah buat pilihan.

Hidup ni banyak yang perlu kite buat pilihan. Sampaikan kita tersilap buat pilihan. Kadang2 kita rasa pilihan yang kita buat tu betol. Sebenarnya salah dimata orang lain. 

Kenapa kita selalu rasa yang kita tak ade langsung tempat kita nak luahkan perasaan kita, masalah kita. Padahal orang yang sentiasa setia tunggu kat sisi kita tak nampak.

Kadang2 aku rasa diri ni tak bersyukur apa yang aku ada, aku selalu ingin kan yang lebih. Kenapa aku susah nak terima kenyataan yang sedia ada. yang aku tak akan dapat ubah. Urmmm.. senang untuk dicakap, tapi susah untuk buat. 

Apa sebenarnya yang aku ingin dalam hidup ini. Sampaikan aku rasa macam semua tak dapat nak capai. Maybe aku perlu gali lagi , kenali lagi siapa diri aku yang sebenarnya. 

Hope aku dapat kenal lagi diri aku yang sebenarnya.

Monday, 7 April 2014

What I feel now?

Assalammualaikum

Ok jap . Blur tak taw nak mula kan macam mana. emmm Lets we start dengan praktikal. So far everything ok. Kat sana pon best. Staff pon sempoi2 je. tak la ase kekok sangat, cume kekadang ase malu segan tu tak leh nak ckp apa la. 

Research masih lagi stuck. Nak distribute pon ase macam takot segan je. Yela nak mintak tolong orang isikan. Tah2 diowang pon bz. Tapi nak tak nak kena jugak la. Kalu tak alamatnya terkubur la kerja tu. 

 
Disini la saya praktikal . for 4 months :)

Next.... 

Actually , bulan ni cukup la aku dan dia 4 tahun . Sat je masa berjalan. Rasa mcm baru semalam je kenai dengan dia. Gaduh tu tok sah duk ckap la. SELALU . haih , tak taw la kalau dah kawen nanty mcm mane. Hope dia boleh la terus bersabar dengan sikap aku. 

Kami plan taun depan nak kawen. Hopefully termakbul la niat kami tu. Klau boleh bia la yang halal ..Amin amin amin . 

k. nyte :)

Tuesday, 18 February 2014

Andai Itu Takdirnya...

Assalammualaikum

Alhamdulillah, result aku dah keluar. Ermm agak kecewa sikit sebab aku tak dekan sem 5 ni. 
Tak pe la. Dah bukan rezeki aku kali ni. Memang susah mulanya aku nak terima hakikat. 
Tapi itu lah realiti yang aku harus terima. 

Maybe aku terlalu berharap sangat sampaikan aku salahkan takdir.
Aku tak sedar yang semua ini tentuan Allah.
Aku angkuh. Aku tak boleh terima kenyataan ini.

Tak pe la. benda dah lepas usah dikenang kan .
Heeeheheheeheh

Insya allah lagi 2 minggu aku akan menjalani praktikal
Rasa macam tak nak je . Maybe sebab nervous kot
Tapi excited sangatttttttttttt.. :)

Hopefully aku kuat untuk menghadapi ujian seterusnya dari Allah
Ya Allah , Kuat kan lah hati ni . Kuat kan lah iman ini
Aminnn.


Semoga aku boleh berkonvo dengan senyuman yang lebar  :)

Insya allah tahun ini. Amin. Amin .Amin

Chaiyok MIZA !!

Friday, 24 January 2014

Things for Memories :)

Assalammualaikum

Hai semua :)

Actually post kali ni cuma nak post barang2 yang banyk memberi kenangan kat aku . Sebelum ianya dilupuskan elok lah aku sisipkan dalam blog ni. Nanty kalu rindu2 boleh tengok balik. kan kan kan . heheh

Sempena cuti sem ni, aku pon mula la operasi aku. Memang dah lama berhajat nak hapuskan barang2 tu semua tapi sayang kot.. orang bagi. hehe

haa ni la beg yang bakal mengumpul barang2 yang akan dihapuskan. Asalnye beg ni la yang menyimpan barang2 kazanah tu. hehe

aku ni jenis suka menyimpan note book. Macam2 padahl tak gune pon sangat. So ada sebahagian yang terpaksa di masuk kan dalam perut Pooh. :P

Ni antara barang2 yang aku still simpan. Sbb terlalu sayngggggg :)

senget la pulak. ish aku tak taw la pasai ape tah. LANTAK. hehe






CD2 kenangan. Nasib baik masih berfungsi. Malu bile tengok balik . haha.




memang dari dulu suke kumpul key chain . Dah tak ingat sejak bila kumpul benda2 ni. Sbb terlalu banyak . 


Ni hadiah yang aku dapat time sekolah menengah. Dah tak ingat sape bagi. Sbb tade name . hehe sorry :)

 Teringat benda ni beli kat Queen Bay Penang. Hee.. Mahal kot barang2 dye so mampu beli yang ni je la. :)

From cikgu math. Pn Roslini. 
Guru yang sangat awesome. Bila dia ajar sekali je aku dapat tangkap. Thats why aku dapat dapat A . ahahaha


NI BARANG2 YANG TERPAKSA DIHAPUSKAN . SOB3



Hello. I am Siti's fan :)

teringat dulu mana handphone. haha. so nak bergayut kne kat public phone. memandangkan susah nak kumpul duit syiling banyak2 nak bergayot so guna la kad ni. hehe. 



Kad2 hari raya, hb, macam2. From friends time sekolah dulu

kawan time sekolah teacher methodist dulu. still berbalas2 surat walaupun dah pindah sekolah. tapi sayang bile dah habis sekolah trus lost contact :( sob3

cewah . belagaknye. tiket wayang pon nak simpan. (haha.poyo!)


Letter from my classmate. actually tak lame kami knai tapi time tu rasa rapat dengan dye sbb dye humble sangat. :)



Birthday wish from mom and sister. Thanks a lot . Love you all :)



Kawan pena time sekolah dulu. aku pon tak ingat dah macam mane aku boleh berutus surat dengan dye. hehe. But i like this one. New friend new experience. :)

From amni. Dye pergi umrah dah hadiahkan ini sebagai ole2. Thanks amni. :)


haha. yang ni aku nak tergelak. From Qila. time ni aku form 5 dye form 1. hehe. berebut ok nak kat aku ( cis poyo je miza ni ) haha. tapi pape pon kitaorang still lagi contact antara satu sama lain walaupun sume dah besar panjang 


 That all for today :) 


Taraaaaaaa!!! Form 1 Dorm B14 . DALAM KENANGAN :) 




Selamat Bercuti Semester part 5

Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum :)

yess! yess! yess! Dah cuti akhirnya.. Selama 6 bulan berpenat lelah akhirnya dapat juga berehat. 
Lepas ni sem 6 dah tak balik dah seri iskandar tu.  Akhirnya bebas jugak dari tempat tu. 
Ingat cuti sem ni nak keje kononnya, tapi rasa macam malas pulak. hehe. Tape la. Rehat2 dlu, nanty dah keje meraung nak cuti pulak :)  
Insya-allah Sem 6 ni praktikal dekat Majlis Perbandaran Taiping.
huuu agak cuak la. Sorang2 pulak tu. Hopefully semuanya oke.

Actually tade ape pon nak cakap. 
Hee SELAMAT BERCUTI!!


kelopak jantung hatiku