Tuesday, 20 August 2013

Congratulation myza ...21th !

Assalammualaikum


Happy birthday to me :)
finally i'm 21 years old

Alhamdulillah, sat je masa berjalan 
pejam celik pejam celik dah 21 tahun

Impian aku tok tahun ni , aku akan cuba tok kurang kan perkara yang boleh buat aku sedey, kecewa
aku nak bahagia kan mak n ayah
jadi anak yang soleh 
sentiasa dengar kata
capai semua impian aku tanpa kenal erti putus asa
dan aku akan jaga hubungan aku dengan dia sehingga kejinjng pelamin dan seterusnya sehingga saat mati

amin amin amin
doakan sama-sama ye

special from ninis :)


and also for you LUQMAN ABDUL HAMID 

Thanks awak <3
heee. 


Saturday, 3 August 2013

Alhamdulillah .. syukur

Assalammualaikum

Result final exam dah keluar. syukur sangat sangat  . akhirnya terjawab semua debaran
check lepas solat maghrib.  ni tgah duduk atas sejadah lagi ni.  menangis lepas tengok result.  syukur.  tu je yang dapat digambar kan perasaan ketika tu

sebelum check tu godek2 dulu twitter orang, fb orang  gabra punya pasai

aaaaaaaaaaaaaaaa. sangat sangat lega.  memang tak sangka result lebih dari yang dijangka
thanks allah  :)
thanks mum  :)
segala usaha akak berbalas.. tak sia sia akak berjaga malam. hehe. berjaga la sangat. tapi sangat sangat syukur walaupun terpaksa hadapi pelbagai dugaan .. thanks sangat sangat.. 

semoga boleh kekal kejayaan ni sehingga aku habis belajar. amin .. 
hope aku kuat untuk hadapi semester depan . Dan perolehi result yang gempak!
doakan semua. 
Amin...

i love you all :)


akhirnya aku boleh tersenyum kembali
thanks allah :)

Friday, 2 August 2013

Latar belakang cumil :)

Assalammualaikum 

heee. ini la dye antaranya background yang aku penah buat kat blog ni.
rasa macam tak puas hati bila tengok 
so tukar tu tukar ni
last2 kekal yang sekarang ni. 





smile :)

One more :)

Assalammualaikum

another part yang aku rasa nak simpan, sebab aku suka bace balik apa yang dah aku tulis 
tak ape , ni blog saya kan 
ok smile :)

15sept12
10.54pm

Rasa nye dah lame tak menaip kat sini. . sekarang aku dah start semester baru. Semester 3 bagi ijazah. Tak ada ape yang baru. Semua seperti biasa. Sekarang aku dah pindah rumah sewa yang aku rasa sangat2 selesa. Dan aku harap aku akan selesa sehingga aku habis belajar. Insyaallah.

Malam ni aku sorangsorang kat bilik. Kawan lagi sorang blik esok . Dah bpe malam tido sorangsorang., so far ok lagi.
Luqman sekarang tengah kursus. Hari ni dia start masuk hutan. So tinggal la aku sorangsorang.
Nak buat macam mne dah tu tugas askar kan. Aku terima je.

Hbungan kami so far masih lagi bertahan, walaupun bergaduh tu bnyk kali la jugak. Sampai kan dah tak tahu nak wat buat macam mne dah
Nasib la si dia ni tahan dan msih bersabar dengan aku.
Aku sayang kan dia tapi kadangkadang aku jadi benci dengan dia.
Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Aku tak nak dia lupe kat aku.
Kalau boleh aku nak dia ingat kat aku setiap masa.
Maybe sebab dia terlalu caring membuatkan aku tak boleh idup tanpa dia
Aku berharap sangat suatu hari nanti dia akan berubah.
Dan aku jugk . aku nak hubungan ni mendapat berkat dari allah.
Aku tak nak bercinta kerana nafsu semata mata.

Hati ni mmg tak sabar sangat nak berumah tangga.
Aku nak dia jaga aku. Dan aku nak jaga dia.
Aku sayang kan dia. Aku sanggup buat ape sja utk dia.
Sampai kan satu thap tu aku terlupa aku masih tidak layak untk berbuat demikian
Bila agak nya aku dapat bersatu dengan dia.
Dengan cara yang halal

Aku nak duduk serumah dengan dia
Nak makan semeja dengan dia
Masak makanan kesukaan dia
Bergurau sama sama
Dodoi kan aku sebelum aku tido.
Macam macam la aku nak buat kalau boleh
Tapi boleh ke semua tu jadi kenyataan??

Bila masa tu dah sampai aku akan pastikan hidup kami penuh dengan kegembiraan.
Aku tak nak ade yang sedih kerana aku
Semoga hubungan ini cepat untuk menjadi hubungan yang halal disisi allah taala.

Aminn. 




Surat Cinta Untuk Awak

Assalammualaikum

bila cari dairy lama tetiba jumpa balik surat ni. Aku tak pernah bagi dye baca dan aku rasa nak simpan dalam blog ni supaya ianya tak hilang.

aku ingat lagi, bila aku tulis benda ni tangan aku laju je menaip
ikhlas dan jujur daripada aku

<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>


8:25am
29mei2012
SURAT  CINTA UNTUK AWAK

salam.
Hai luqman abdul hamid.
Sy rindu kan awak. 
sbb sy syg kan awak sangat2.walaupun dah mcm2 kite lalui sy ttp setia kat awk. 
saya tak tau npe .tpi hati ni wat sy tak tenang bila awak tade.
Kadang2 awk selalu sakit kan hati saya tapi saya tahan je.
Sbb lepas tu awak akan pujuk saya balik. 
Saya cair.
Dan kadang2 saya sakit kan hati awak tapi awak tak pernah nak ambik hati.
Awak tak pernah nak ungkit bila saya sakit kan hati awak.
Kenapa awak terlalu baik pada saya..
Awk tau tak , bila saya dok sorang2 saya mesti teringat ape yg awak dah lakukan pada saya.
Saya rasa sedih sangat time 2. . 
saya ase nak marah.
Tapi bila awak ade, perasaan marah tu bertukar jadi sayng.

Awak..Taw tak senyuman awak tu sangat manis bagi saya
Awk tak pernah tipu bila awak senyum..
Saya sangat suke bila awak senyum..
Hati saya sangat bahagia bila awak senyum..
Saya tahu senyuman itu hanya untuk saya.

Awak..
Awk selalu ingat sume kenangan kite dari mula
Memang tak dinafikan ingatan awak mmg kuat
Sori sbb kadang2 saya selalu lupe sume memori tu
Bila kite cerita blik sume tu msti saya akan tersenyum sorang2.
Sebab time tu awak tak nampak saya.
Kenapa ye awak sangat baik pada saya.
Pernah jugk saya terpikir kenapa hubungan kite ni lama sangat bertahan.
Cinta?
Kekosongan?
Atau setia?
Tapi bagi saya kasih sayang awak tu membuatkan saya CINTA kan awak.
Kasih sayang awak tu menjadikan saya seorang yang SETIA.
Dan ade nye kasih sayng awak telah mengisi semua KEKOSONGAN dalam diri saya.

Awak..
Andai jodoh kite panjang, 
sudikah awak berjanji pada saya yang awk akan sentiasa di sisi saya?
Sudikah awak menerima semua kekurangan dalam diri saya?
Segala kelemahan yang tak dapat saya tunai kan pada diri awak?
Dan saya berharap agar hubungan ni akan kekal hingga kita mati.....
Dan awak..
Sekiranya umur saya tidak panjang.
Boleh tak awk berjanji pada saya.
Awak perlu teruskan hidup ini tanpa saya.
Jangan hilang kan senyuman pada wajah awk.
Jangan abaika amalan wajib awak...
Sentiasa doakan saya ..
ye  awk  :)

Saya SITI ROSAMYZA SAZALI  sangat mencintai awak.Saya berharap sangat hubungan ini akan menjadi hubungan yg halal bersama awak..
Miss you  

Selamanya .... sahabat

Assalamualaikum


Alhamdulillah, dah hari ke 23 kite berpuasa. Rasa sekejap je masa berjalan. syukur.
Tetiba rasa nak menaip sesuatu kat ruang ni. Rasa banyak sangat nak diceritakan . Tapi bila dah bukak otak jadi blank. Tak tau macam mane nak mulakan .

Hari ni result final exam keluar. Perasaan? sangat takot, gementar, dan memang sangat berat otak ni memikirkan. Boleh ke aku dapat kan balik status dekan tu? Aku pon tak tau kenapa aku nak status dekan tu. Yang aku tau, sebab pertama adalah aku nak kurang kan beban aku untuk bayar balik pinjaman ptptn. Sebab kedua aku rasa aku dah buat sehabis baik time final tu. dan aku yakin aku boleh buat. 

Tapi aku takot aku tak dapat nak terima kenyataan dengan result yang akan aku terima nanti. Aku takot aku akan kecewa dan tak boleh nak terima.  Ya allah , aku tak tau nak cerita semua ni pada siapa. Hanya kau saja yang aku boleh luahkan, aku tak kuat, aku tak hebat, aku lemah bila ujian yang berat datang pada aku , aku keliru.

Ya allah, aku perlukan seorang sahabat yang aku boleh luah kan bebenan di hati ini. Kadang2 aku tak dapat nak simpan, dan buat kan aku jadi seorang yang pemarah. Ingkar perintah mu. Kadang2 aku cemburu bila tengok orang lain ada sahabat masing2.  seorang yang boleh mengajak kita melakukan kebaikan. ibadah kepada mu. 

Tapi aku percaya , satu hari nanty allah akan kurniakan aku seorang sahabat yang boleh membimbing aku, peneman, dan tempat untuk meluahkan semua bebanan yang aku terpaksa tanggung seorang diri. 

Aku tak larat untuk menangis seorang diri. Kadang2 bila aku kesedihan, aku akan melakukan perkara yang dilarang dalam agama kita. . Dah jauh aku terpesong. aku tak nak zaman remaja ku hanya untuk mengejar keduniaan saja. Aku nak kumpul banyak2 bekalan untuk aku bawak nanty.  

Ya allah, berat nya bebanan hati ini ya allah. aku lemah, aku perlukan seseorang yang boleh beri aku jalan yang betul untuk aku lalui. Kalau la umur ku pendek, aku tak akan menyesal kerana sudah mengumpul bekalan yang cukup untuk aku bawa di alam akhirat nanti. 

kelopak jantung hatiku