Assalamualaikum
Alhamdulillah, dah hari ke 23 kite berpuasa. Rasa sekejap je masa berjalan. syukur.
Tetiba rasa nak menaip sesuatu kat ruang ni. Rasa banyak sangat nak diceritakan . Tapi bila dah bukak otak jadi blank. Tak tau macam mane nak mulakan .
Hari ni result final exam keluar. Perasaan? sangat takot, gementar, dan memang sangat berat otak ni memikirkan. Boleh ke aku dapat kan balik status dekan tu? Aku pon tak tau kenapa aku nak status dekan tu. Yang aku tau, sebab pertama adalah aku nak kurang kan beban aku untuk bayar balik pinjaman ptptn. Sebab kedua aku rasa aku dah buat sehabis baik time final tu. dan aku yakin aku boleh buat.
Tapi aku takot aku tak dapat nak terima kenyataan dengan result yang akan aku terima nanti. Aku takot aku akan kecewa dan tak boleh nak terima. Ya allah , aku tak tau nak cerita semua ni pada siapa. Hanya kau saja yang aku boleh luahkan, aku tak kuat, aku tak hebat, aku lemah bila ujian yang berat datang pada aku , aku keliru.
Ya allah, aku perlukan seorang sahabat yang aku boleh luah kan bebenan di hati ini. Kadang2 aku tak dapat nak simpan, dan buat kan aku jadi seorang yang pemarah. Ingkar perintah mu. Kadang2 aku cemburu bila tengok orang lain ada sahabat masing2. seorang yang boleh mengajak kita melakukan kebaikan. ibadah kepada mu.
Tapi aku percaya , satu hari nanty allah akan kurniakan aku seorang sahabat yang boleh membimbing aku, peneman, dan tempat untuk meluahkan semua bebanan yang aku terpaksa tanggung seorang diri.
Aku tak larat untuk menangis seorang diri. Kadang2 bila aku kesedihan, aku akan melakukan perkara yang dilarang dalam agama kita. . Dah jauh aku terpesong. aku tak nak zaman remaja ku hanya untuk mengejar keduniaan saja. Aku nak kumpul banyak2 bekalan untuk aku bawak nanty.
Ya allah, berat nya bebanan hati ini ya allah. aku lemah, aku perlukan seseorang yang boleh beri aku jalan yang betul untuk aku lalui. Kalau la umur ku pendek, aku tak akan menyesal kerana sudah mengumpul bekalan yang cukup untuk aku bawa di alam akhirat nanti.