Saturday, 28 December 2013

Story Before end of year 2013

Assalammualaikum 

Tak de nak kate apa pon, just nak bagi tau saya akan EXAM akhir tahun ni k!!
My last final paper for my degree. Next sem pratikal . Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar.

DINNER FOR SEMESTER 5!!!

jom kita layan gambar je ye :)

ENJOY~!!  


With ika

with yaya
















Sekian cerita untuk tahun ini .....
Azam tahun depan? emm tak pikir lagi. k la. salam sayang dari saya :)

Saturday, 2 November 2013

Salam November

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum

aku nak menaip sesuatu yang ingin aku luahkan
tapi setiap kali nak menaip terus jadi tak keruan .. Kepala jadi blurr ..
Mungkin tak de bakat menulis kot. . Ape yang bakat aku ada sebenarnya. . Aku sendiri tak nampak. Aku nak jadi macam orang lain yang kita sendiri boleh nampak bakat dia.. Kenapa sejak kebelakangan ni asyik rasa sedih je. . Selalu rasa nak menangis.

Rasa macam dah tak seronok hidup . dan kadang kadang tak sabar nak bertemu dengan ALLAH.. tapi aku takot sebb bekalan aku memang tak cukup lagi. . tapi aku dah tak sabar ... Maybe aku tak seronok duduk kat dunia ni atau aku memang tak sabar nak jumpa ALLAH.

I need someone yang boleh tunjuk kan aku kegembiraan dunia yang kita boleh guna untuk di akhirat nanty..

Bape  hari lagi nak awal muharam dah. Kata orang itu lah dimana buku amalan kita ditutup dan aku dibuka buku baru.. Ini lah peluang aku ???  Kenapa rasa keinsafan selalu datang sekejap je dalam hidup ni.. kenapa aku tak rasa seronok bila benda yang seharusnya baik itu berlaku.. Dah jauh sangat ke aku tersesat?

Ya ALLAH  kembalikan jalan yang seharusnya aku ikut
buka kan lah hati ini untuk menerima hidayah darimu
berikan la aku orang yng dapat membimbing aku kejalan mu

semoga aku boleh bertahan dan terus bertaubat kepadamu ya ALLAH ..
AMIN..

Tuesday, 20 August 2013

Congratulation myza ...21th !

Assalammualaikum


Happy birthday to me :)
finally i'm 21 years old

Alhamdulillah, sat je masa berjalan 
pejam celik pejam celik dah 21 tahun

Impian aku tok tahun ni , aku akan cuba tok kurang kan perkara yang boleh buat aku sedey, kecewa
aku nak bahagia kan mak n ayah
jadi anak yang soleh 
sentiasa dengar kata
capai semua impian aku tanpa kenal erti putus asa
dan aku akan jaga hubungan aku dengan dia sehingga kejinjng pelamin dan seterusnya sehingga saat mati

amin amin amin
doakan sama-sama ye

special from ninis :)


and also for you LUQMAN ABDUL HAMID 

Thanks awak <3
heee. 


Saturday, 3 August 2013

Alhamdulillah .. syukur

Assalammualaikum

Result final exam dah keluar. syukur sangat sangat  . akhirnya terjawab semua debaran
check lepas solat maghrib.  ni tgah duduk atas sejadah lagi ni.  menangis lepas tengok result.  syukur.  tu je yang dapat digambar kan perasaan ketika tu

sebelum check tu godek2 dulu twitter orang, fb orang  gabra punya pasai

aaaaaaaaaaaaaaaa. sangat sangat lega.  memang tak sangka result lebih dari yang dijangka
thanks allah  :)
thanks mum  :)
segala usaha akak berbalas.. tak sia sia akak berjaga malam. hehe. berjaga la sangat. tapi sangat sangat syukur walaupun terpaksa hadapi pelbagai dugaan .. thanks sangat sangat.. 

semoga boleh kekal kejayaan ni sehingga aku habis belajar. amin .. 
hope aku kuat untuk hadapi semester depan . Dan perolehi result yang gempak!
doakan semua. 
Amin...

i love you all :)


akhirnya aku boleh tersenyum kembali
thanks allah :)

Friday, 2 August 2013

Latar belakang cumil :)

Assalammualaikum 

heee. ini la dye antaranya background yang aku penah buat kat blog ni.
rasa macam tak puas hati bila tengok 
so tukar tu tukar ni
last2 kekal yang sekarang ni. 





smile :)

One more :)

Assalammualaikum

another part yang aku rasa nak simpan, sebab aku suka bace balik apa yang dah aku tulis 
tak ape , ni blog saya kan 
ok smile :)

15sept12
10.54pm

Rasa nye dah lame tak menaip kat sini. . sekarang aku dah start semester baru. Semester 3 bagi ijazah. Tak ada ape yang baru. Semua seperti biasa. Sekarang aku dah pindah rumah sewa yang aku rasa sangat2 selesa. Dan aku harap aku akan selesa sehingga aku habis belajar. Insyaallah.

Malam ni aku sorangsorang kat bilik. Kawan lagi sorang blik esok . Dah bpe malam tido sorangsorang., so far ok lagi.
Luqman sekarang tengah kursus. Hari ni dia start masuk hutan. So tinggal la aku sorangsorang.
Nak buat macam mne dah tu tugas askar kan. Aku terima je.

Hbungan kami so far masih lagi bertahan, walaupun bergaduh tu bnyk kali la jugak. Sampai kan dah tak tahu nak wat buat macam mne dah
Nasib la si dia ni tahan dan msih bersabar dengan aku.
Aku sayang kan dia tapi kadangkadang aku jadi benci dengan dia.
Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Aku tak nak dia lupe kat aku.
Kalau boleh aku nak dia ingat kat aku setiap masa.
Maybe sebab dia terlalu caring membuatkan aku tak boleh idup tanpa dia
Aku berharap sangat suatu hari nanti dia akan berubah.
Dan aku jugk . aku nak hubungan ni mendapat berkat dari allah.
Aku tak nak bercinta kerana nafsu semata mata.

Hati ni mmg tak sabar sangat nak berumah tangga.
Aku nak dia jaga aku. Dan aku nak jaga dia.
Aku sayang kan dia. Aku sanggup buat ape sja utk dia.
Sampai kan satu thap tu aku terlupa aku masih tidak layak untk berbuat demikian
Bila agak nya aku dapat bersatu dengan dia.
Dengan cara yang halal

Aku nak duduk serumah dengan dia
Nak makan semeja dengan dia
Masak makanan kesukaan dia
Bergurau sama sama
Dodoi kan aku sebelum aku tido.
Macam macam la aku nak buat kalau boleh
Tapi boleh ke semua tu jadi kenyataan??

Bila masa tu dah sampai aku akan pastikan hidup kami penuh dengan kegembiraan.
Aku tak nak ade yang sedih kerana aku
Semoga hubungan ini cepat untuk menjadi hubungan yang halal disisi allah taala.

Aminn. 




Surat Cinta Untuk Awak

Assalammualaikum

bila cari dairy lama tetiba jumpa balik surat ni. Aku tak pernah bagi dye baca dan aku rasa nak simpan dalam blog ni supaya ianya tak hilang.

aku ingat lagi, bila aku tulis benda ni tangan aku laju je menaip
ikhlas dan jujur daripada aku

<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>


8:25am
29mei2012
SURAT  CINTA UNTUK AWAK

salam.
Hai luqman abdul hamid.
Sy rindu kan awak. 
sbb sy syg kan awak sangat2.walaupun dah mcm2 kite lalui sy ttp setia kat awk. 
saya tak tau npe .tpi hati ni wat sy tak tenang bila awak tade.
Kadang2 awk selalu sakit kan hati saya tapi saya tahan je.
Sbb lepas tu awak akan pujuk saya balik. 
Saya cair.
Dan kadang2 saya sakit kan hati awak tapi awak tak pernah nak ambik hati.
Awak tak pernah nak ungkit bila saya sakit kan hati awak.
Kenapa awak terlalu baik pada saya..
Awk tau tak , bila saya dok sorang2 saya mesti teringat ape yg awak dah lakukan pada saya.
Saya rasa sedih sangat time 2. . 
saya ase nak marah.
Tapi bila awak ade, perasaan marah tu bertukar jadi sayng.

Awak..Taw tak senyuman awak tu sangat manis bagi saya
Awk tak pernah tipu bila awak senyum..
Saya sangat suke bila awak senyum..
Hati saya sangat bahagia bila awak senyum..
Saya tahu senyuman itu hanya untuk saya.

Awak..
Awk selalu ingat sume kenangan kite dari mula
Memang tak dinafikan ingatan awak mmg kuat
Sori sbb kadang2 saya selalu lupe sume memori tu
Bila kite cerita blik sume tu msti saya akan tersenyum sorang2.
Sebab time tu awak tak nampak saya.
Kenapa ye awak sangat baik pada saya.
Pernah jugk saya terpikir kenapa hubungan kite ni lama sangat bertahan.
Cinta?
Kekosongan?
Atau setia?
Tapi bagi saya kasih sayang awak tu membuatkan saya CINTA kan awak.
Kasih sayang awak tu menjadikan saya seorang yang SETIA.
Dan ade nye kasih sayng awak telah mengisi semua KEKOSONGAN dalam diri saya.

Awak..
Andai jodoh kite panjang, 
sudikah awak berjanji pada saya yang awk akan sentiasa di sisi saya?
Sudikah awak menerima semua kekurangan dalam diri saya?
Segala kelemahan yang tak dapat saya tunai kan pada diri awak?
Dan saya berharap agar hubungan ni akan kekal hingga kita mati.....
Dan awak..
Sekiranya umur saya tidak panjang.
Boleh tak awk berjanji pada saya.
Awak perlu teruskan hidup ini tanpa saya.
Jangan hilang kan senyuman pada wajah awk.
Jangan abaika amalan wajib awak...
Sentiasa doakan saya ..
ye  awk  :)

Saya SITI ROSAMYZA SAZALI  sangat mencintai awak.Saya berharap sangat hubungan ini akan menjadi hubungan yg halal bersama awak..
Miss you  

Selamanya .... sahabat

Assalamualaikum


Alhamdulillah, dah hari ke 23 kite berpuasa. Rasa sekejap je masa berjalan. syukur.
Tetiba rasa nak menaip sesuatu kat ruang ni. Rasa banyak sangat nak diceritakan . Tapi bila dah bukak otak jadi blank. Tak tau macam mane nak mulakan .

Hari ni result final exam keluar. Perasaan? sangat takot, gementar, dan memang sangat berat otak ni memikirkan. Boleh ke aku dapat kan balik status dekan tu? Aku pon tak tau kenapa aku nak status dekan tu. Yang aku tau, sebab pertama adalah aku nak kurang kan beban aku untuk bayar balik pinjaman ptptn. Sebab kedua aku rasa aku dah buat sehabis baik time final tu. dan aku yakin aku boleh buat. 

Tapi aku takot aku tak dapat nak terima kenyataan dengan result yang akan aku terima nanti. Aku takot aku akan kecewa dan tak boleh nak terima.  Ya allah , aku tak tau nak cerita semua ni pada siapa. Hanya kau saja yang aku boleh luahkan, aku tak kuat, aku tak hebat, aku lemah bila ujian yang berat datang pada aku , aku keliru.

Ya allah, aku perlukan seorang sahabat yang aku boleh luah kan bebenan di hati ini. Kadang2 aku tak dapat nak simpan, dan buat kan aku jadi seorang yang pemarah. Ingkar perintah mu. Kadang2 aku cemburu bila tengok orang lain ada sahabat masing2.  seorang yang boleh mengajak kita melakukan kebaikan. ibadah kepada mu. 

Tapi aku percaya , satu hari nanty allah akan kurniakan aku seorang sahabat yang boleh membimbing aku, peneman, dan tempat untuk meluahkan semua bebanan yang aku terpaksa tanggung seorang diri. 

Aku tak larat untuk menangis seorang diri. Kadang2 bila aku kesedihan, aku akan melakukan perkara yang dilarang dalam agama kita. . Dah jauh aku terpesong. aku tak nak zaman remaja ku hanya untuk mengejar keduniaan saja. Aku nak kumpul banyak2 bekalan untuk aku bawak nanty.  

Ya allah, berat nya bebanan hati ini ya allah. aku lemah, aku perlukan seseorang yang boleh beri aku jalan yang betul untuk aku lalui. Kalau la umur ku pendek, aku tak akan menyesal kerana sudah mengumpul bekalan yang cukup untuk aku bawa di alam akhirat nanti. 

Friday, 19 July 2013

New face , new life

Assalamualaikum..

Masuk ni dah berapa kali tukar tukar je background blog ni . Rasa macam tak puas je tengok blog ni rasa macam tak comey je .  Rasa nak je sama dengan orang lain . Rasa tak puas hati je tengok orang lain punya blog comey. . semua rasa kan . 

Itulah kehidupan , semuanya tak sempurna dimata kita. . Kenapa kita nak jadi seperti orang lain sedangkan kita tahu kita tak mampu nak jadi macam mereka , kenapa kita rasa tak puas hati sedangkan setiap makhluk DIA ada keistimewaannya. .

Itulah kehidupan , bila kita tengok sikit orang tu lebih mula la hati ini main peranan . Tak puas hati la . Sakit hati la . Kenapa kita rasa macam ni ? Tepuk dada tanya selera .  (beringat kat diri sendiri)

Kadang kala bila rasa macam tu , mula rasa tamak . Kita nak apa yang kita tahu kita tak mampu nak perolehinya . Kita tahu kita kena berusaha untuk capai apa yang dia ada , walaupun dia dapat benda itu sangat mudah . Kita kena ingat yang kita tak sama dengan orang lain .  Usaha kita yang membezakan kita semua. 

Sama-sama la kita beringat
Insaf seketika

kita harap kita mati dalam barakah nya.
Amin 

smile  :)


Sunday, 14 July 2013

Tamat semester 4 sudaaaa :)

Assalamualaikum
Alhamdulillah 

Tamat dah semester 4 tahun ni.. Rasa bersyukur teramat sangat.. Rasa sekejap je masa berjalan . . 
Hopefully tade yang repeat. Amin

Semester kali ni aku tak yakin sama ada aku dekan lagi ke tak.. 
Hati kata nak tapi Allah yang menentu kan . 
aku dah buat sehabis baik. . Dan tinggal tawakal je
Tambah-tambah di bulan ramadhan ni. 

sama-sama kite doakan ye 
amin 

smile :)

Sunday, 23 June 2013

Alkisah nye :)

fuh2. berhabuk dah blog ni..
lama sangat tak berjenguk.
rasa macam tak hidup je blog ni.

so alkisahnya kali ni aku dah study week
yes! sangat sangat cepat je masa berlalu
rasa macam semalam je baru masuk
hilang sume stress bila balik rumah

so overall sem kali ni ok la
kerja mmg tak di nafi kan memang banyak
nak dekat dekat ujung la kerja tu nak bagi
haih.. 
name pon belajar kan .
tak tau lagi kalau kerja kan
bertambah stress 

jum layan gambar dinner ni
kawan2 baru sya :)





Sunday, 12 May 2013

Hello May :)

Pejam celik pejam celik haaa udah sekejap je dah bulan may. . Macam tak caye je kan. . Currently sya ada kat rumah. . Ish teruk la tiap minggu balik kot. . Tapi tak pela dari pada dok kat rumah sewa tu sorang-sorang kan . eh tak kuasa ok . . 

kerja macam biasa. . Assignment berlungguk lagi. . Macam nak gila je buat semua tu. . Name pon student ye dok. . tak pe . Tinggal 2bulan je lagi. . pas tu dah start cti sem.. huuuuaaa syok ok!

ok  .. suke blur bile nak update blog. . 
nanty smbung lagi ye.
ok salam  :)

Monday, 22 April 2013

Update :)

Helllllloooooooooo ! eh sori
Salam syg :)

Sekarang ni ada kat rumah manis ku  :P hahah. . Tengah cuti mid sem . . . Sat je masa berlalu . . Tup tup dah mid sem dah kan . . . Keadaan dah semakin ok. .

Nak dijadikn cerita , one day tu pergaduhan besar terjadi diantara aku dengan sorang hamba allah ni. . aku rasa itu first time tok tahun 2013 aku bergaduh besar macam tu. . . rasa nye dah lama aku tak buat keje macam tu. . hakhakahakah

actually bagi aku pergaduahan tu kelakar. . ok sangat kelakar.. klau korang2 (haaa sape korang tu? ok abaikan )dengar mesti lawak.. . aku pon tergelak time tengah lwan2 mulut .. . hyeeee  no touch-touch  ok . . kang lain yang jadi lak .

Ok . mmg kalau boleh aku nak elak benda-benda mcm ni terjadi,  TAPIIII kalu korang la , tengah penat-penat balik dari kelas tiba-tiba kena sound ape korang rasa ? panas? sejuk? berapi?  haaaa pk la sendiri. .  :)

Tapi bagi aku pergaduhan tu childish sangat sangat sangat ok . haaaa SANGAT OK . yang nak libat kan parents, peguam? haaaa? hakhakhakhakhak.. memang lawak la.. aku tak rasa ade aku buat harrasment kat kau ok . . tak payah nak up sangat la kan.

Ayat yang paling lawak sekali seumor aku hidup "Ni la beza nya orang bandar ngan orang kampung" huuuuuuuuuuu ok aku orang kampung. . kau tu BANDAQ la sangat. tape-tape memang aku orang kampung  .kannnnnnnnnnnnnnnnn...

kang mulut jahat aku ni mengutuk lak kat sini. . . Tak mau ye cik myza. .
So sekarang ni Aku dah pindah bilik . . TApi still kat rumah yang sama. . sebab aku rasa rumah tu sangat-sangat selesa. . tu yang malas nak tukar-tukar dah.. .. Tinggal satu sem je for dis year kan .. . mcm buang masa je nak cari rumah lain . . kan

So sekarang aku buat keje aku , kau buat keje kau ok . . tak payah aku tau pasal aku dan aku pon tak rasa nak ambik tau pasal kau.  .

Now cik myza , sila focus study awak ye.  :)

Ok Cuti kali ni tak wat ape pon . . Macam biasa. . duk rumah  je. . lepas kan ape yang patut..

Sekarang ni aku tak mcm dulu dah. . Dah rasa sikit perubahan diri ni.. . . taktau la nape jadi macam ni . . Nak kate silap sapa pon ak tak tau.. .

24 april 2013 ni cukup la 3 tahun hubungan aku dengan dia . .  . Rasa sat je masa berlalu. . pejam celik pejam celik dah 3 tahun dah.. . Macam tak caye je kan.. . hope sangat hubungan ni boleh sampai ke jinjang pelamin.. . Amin.

Doakan semoga aku dapat hadapi semua ini dengan tenang dan aku boleh dapat kan DL aku yang tak kesampaian sem lepas.
amin

Friday, 5 April 2013

Salam April :)

Pejam celik pejam celik dah msuk bulan april da.. Sekejap je masa berlalu. . RAsa mcam Tak percaya je..

Actually ade kat taiping ni. . baru sampai tadi.. Tiap2 minggu balik. . RAsa tertekan je bila ade kat s.i . . Tak tau la nape. . Hope aku dapat bertahan sampai abeh belajar.. . dah tak lame dah. . bpe minggu  je lagi..

Next story..
genab 25.4.13 ni cukup la 3 tahun hubungan kami.. Berdoa sangat semuanya  akan menjadi kenyataan..

ok otak dah blurr.. tade pe nak cerita. . salam

i miss this moment  :(

Wednesday, 6 March 2013

Ujian Allah :(

Salam
Sekarang dah  masuk semester 4
Rasa cepat je masa berlalu.

Semester ni sekali lagi Allah bagi ujian kat aku
aku taw aku kena kuat. 
Aku kena tabah
DIA taw ape yang aku rasa
Aku tak boleh cepat melatah
SITI ROSAMYZA  kuat kan so jangan mengalah

semoga Allah beri aku jalan yang mudah 
untuk harungi semua ini

True :)

Just read and smile  :)


Tuesday, 19 February 2013

Kagum

Salam. .

Baru lepas baca satu blog yang sangat sangat mengagum kan aku. . Pemilik blog tu bakal jadi seorang doktor yang sangat comel. .

Banyak kisah pahit manis yang dia lalui sepanjang dia hidup. . Cara dia kumpul duit dia sendiri . .Cara dia hadapi hidup sukar di negara luar.  Macam dalam novel tau bila baca sal kisah hidup dia.
Kisah cinta hidup dia yang sangat romantik walaupun pelbagai dugaan dia hadapi. .

sangat seronok bila membaca nya. .

Sangat kagum bila baca. .
Terharu.
Macam biasa la. . Mata ni mmg suka sangat mengalir bila baca benda2 yang menyentuh hati ni. .

Rasa tak sabar nak mula semester baru . . Tak sabar nak abeh kan study ni . .
aku tak pandai masak macam dia. . Dia ada cara dia sendiri tuk mudah kan hidup dia. .

Aku tak de..  :(

Mak cakap, sekarang kan tengah study. . Study dulu. . Nanti dah keje, pulun keje banyak2. .

Tapi aku tak boleh la. . Bila orang buat tu aku pon sibuk nak buat . . haih. .

Apa boleh buat. . Sifat keinginan nak mencuba sesuatu benda yang baru mmg dah menjadi tabiat..

Tetiba rasa macam nak reka satu cerpen tentang Bakal Doktor tu.. . Sangat sangat memberi inspirasi kat aku. .

Ok la. . Semoga Hidup Aku Lebih Ceria Seperti Dulu.   :) Smile

Amin...

Siang tadi buat puding karamel. . Menjadi tapi terlampau manis lak pulak. . 
Tapi licin. Ingat kan tak dilayan. .heee :)
next nak cuba dessert lain lak. .  hopefully menjadi la.. Dan yang paling penting ada yang sudi makan. . .hehehe

Ok . Selamat malam <3

Sunday, 17 February 2013

Random

salam
ok tak tau macam mana nak mula
start dengan result dulu la. . . Macam biasa setiap kali je cuti sem mmg lpe pasal u. 
then bile result dah keluar baru la teringat itu la ini la
emm result sem 3 aku tak dean list pon
TAK OK.
sebb nya aku pon taktau . mybe bukan rezeki aku sem tu

3 point je lagi nak dapat dean list. 
uh :(
tapi papepon hidup mesti diteruskan. . kalau tak sampai bila bila kita sedih kan
blah blah blah blah
syukur sebb semuanya lulus. 

tape la. . sem depan aku akan buktikan yang aku tak akn gagal lagi. 
so bila result dah keluar maka dengan itu tinggal beberapa hari lagi nak start kelas blik..
uh :( :(

ok malas nak pikir.

>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<

next topic ok

:)
Congratulation untuk k.yah(kakak sedara) and abg has
akhirnya jodoh korang dah sampai.
tumpang gembira sangat2. :)

jum kita layan!

bersama cousin2 yang gilagila jugak. 




adik adik saya yang comel comel belaka  :)

 big family. bad lighting. :(  cepat cari saya. . kalu jumpa angkat hidung.heeee

adik sepupu :)

adik yang comel lagi mengada.. hehe. 

eh2 mana pengantin nye. 
jap2 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


comel kan. . sangat sangat COMEL  :)

AND......


PELAMIN dia yang sangat sangat awesome. !! suke ! suke!



ape ape pon tahniah and sangat sangat happy.
semoga bahagia until jannah.  :)
amin



Monday, 28 January 2013

Str0ng are difficult?

salam. Entry kali ni rasa nye tak la menarik sangat. Tapi bagi aku ia sangat penting.
macam mana kite nak buat kalu kita dah sayang sangat kat satu hubungan tu. 
kadang kadang aku tak kuat nak lupe kan satu hubungan yang dah lama aku bina.
tak kan tup tup aku nak lupe macam tu je.. susah kot. . 
tapi sangat susah kalau kita nak kukuh kan hubungan tu di sisi yang betoi
aku tak nak kita sesat.
aku tak nak kita ikut jalan yang tak sepatutnya
aku nak kita berubah
berubah sama sama
sbb aku aku sayang kan hubungan ni sangat sangat

tapi masalah nye kalau kita sorang je yang kuat tapi pasangan kita tak kuat macam mane tu?
boleh ke kita berubah kalau macam tu. . Bukan lagi berat ke.. 
Penat la kadang kadang tu bila memikirkannya.. 
kita tak sanggup berpisah tapi . kita sanggup buat benda yang tak sepatutnya. 
sumpah aku boleh jadi gila bila banyak memikir benda ni.
hati aku jadi tertutup kat semua orang bila aku banyak memikir kan benda ni.
aku tak sanggup la.
aku tak kuat.


tapi aku sayang kan diri aku
aku sayang kan agama aku 
aku cinta kan Allah
aku nak pasangan aku cinta kan Allah lebih dari aku
aku tak nak jadi hamba yang dimurkai Allah
aku tak sanggup terima siksaan Nya nanti
aku tak kuat.
aku tak kuat.
aku tak kuat. :(




Friday, 25 January 2013

Malam yang sunyi

tetiba malam ni terasa nak menambah entry kat blog ni . Rasa nak meluahkan isi ati ni kat sape pon tak tau. . Yang aku percaya sekarang ni hanya Allah yang Esa. . Entah la , rasa macam semuanya sama je. . Better simpan dalam hati daripada berkongsi. Bcoz lagi bercerita lagi merana. so mcm mane tu?

Rindu kiko. . Aku rindu dye sangat sebb dye manja sangat. . Bila dye manja nampak comey sangat taw.. Tu sebab la aku rindu dye sangat. . Rasa macam nak bawak blik. . tApi almaklumla mak dah cakap awal awal . NO CAT OR PET. so macam mana tu. . Bila dye jauh rasa rindu sangat. . Dulu time dye duduk umah fara tak pon rasa mcam ni.. Maybe dye sowang sowang so aku rasa risaw dye bosan. . by da way thanks ye awak sbb jaga kiko .

Cuti sem kali ni sama je mcam cti sem yang lpas lpas. . Anta ambik mak kje and adik. . Nak keje len pon mcm malas . Dah la sat je. . Rasa mcm tak berbaloi je kan. So duduk rumah je la kan . Hati ni dok risau kan result je.. Hope sangat result tak menghampakan. . Amin.

Muet la nak tak nak kene repeat lagi. haih.. tension toi.. Bila tah nak buat pon tak tau la. . haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. menciiiii la!

ok cuci mata sat.
ok nyte   :)

Monday, 21 January 2013

Mimpi tu boley jadi kenyataan?

. . . . . . .  pagi tadi aku mimpi something yang sangat sangat seronok. . Aku mulanya rasa macam betoi betoi mimpi tu jdi. . aku boleh rasa kan betapa seronok mimpi tu . . Tapi tetiba mimpi tu jdi sedih sangat. . Sampaikan bila aku bukak mata aku mata aku berair gile gile. . memang aku nangis time tu! sbb dalam mimpi tu aku nangis. . :(

betoi ke mimpi tu boley jadi kenyataan?  Kalau betoi betoi jadi kenyataan boleh tak aku tak nak mimpi tu lagi. . aku cume nak part yang first tu . . part yang kedua tu aku tak nak. .

mesti tertnya tanyakn kan ape yang aku mimpikan pagi tadi . .  jeng jeng jeng jeng.!!!!

AKU AKAN DILAMAR ! DPAN ORANG RAMAI OK~

terexcited lak.. lam mimpi tu orang yang aku tak jangka jangka bleh masuk lam mimpi aku. . by da way mmg mimpi tu mula mula aku ingat betoi betoi kot. sumpah tak tipu.. dengan aku pakai bju tido nye . . seolah oleh sedang berlaku. .


apa apa pon aku doakan mimpi tu akan jadi sangat sangat indah kalu ianya jdi kenyataan .. mungkin ada maksud tersirat yang kita tak dapat nak rungkai kan lagi.  . berdoa dan terus berdoa. amin ,


Saturday, 19 January 2013

Tamat sudah semester 3..

.. First sekali nak ucap syukur sangat sangat sebb dah tamat sem ini.
ase sekejap je semester ni berlalu. . Rasa macam baru semalam aku masuk. . Bagus la. . Boleh abeh awal.. Dah tak tahan duk kat situ dah.. Mcam mcam hal la.. Tension memikirkan.. haiah..

friend sem ni. . alway be my teammates. thanks 

.. untuk final exam kali ni agak mencabar la jugak.. tak tau la dapat kekal kan ke tak dekan tok sem ni.. Apa yang boleh aku buat hanya berdoa dan terus berdoa. . Kalau ada rezeki aku kat situ aku bersyukur.. Tapi kalu dah tade nak wat cam ne kan.. Usaha aku dah buat.. Doa mesti diteruskan .. dan Tawakal jangan lupe .. Hopefully sumenye oke2..

yela aku ni dah la jenis yang mudah rasa kecewa bile gagal sekali.. Nak kembali normal tu masa dye agak lama jugak la.. Tu yang risau tu.. Kang effect orang sekeliling.. tak syok la kan kalu cam tu kan .. exam exam..huuu.. pasal roomtes  tu malas la aku nak panjang lbar kat sini..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
actully baru sampai rumah ni. ase seronok gile ok.. Tapi yang ase ta sedap ati tu kiko dah dok kat tmpat laen.. Risau sangat dye tak dapat suai kan diri dye.. dah la sekor sekor. kang mati rindu la kat member baek dye tu..

ni la kiko. tpi time dye kecik. sekarang dah 2x ganda da besar dye. tapi tetap manje sangat.
hope kiko cepat membesar dah cari awek k. hehehe.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
vv

thanks Awak for today  :)


Wednesday, 2 January 2013

2013 sudah. . . .

ok. baru lpas study.rehat jap . Tak mampu nak teruskan ..japgi baru sambung k.

>>>>>>>>>>>

waa. Dah 2013 dah rupe nye,  aih cepat sungguh masa berlalu kan. .  pejam celik pejam celik je. Jangan pejam tak celik2 udah le.. heee. Bersyukur k.

ye setiap kali tahun baru mesti azam baru kan. Emm. azam aku tahun ni aku pon tak sure. Tapi yang pasti aku akan pastikan hidup aku penuh dengan kegembiraan.. okek! hehe

aku tak akan mengalah kalau aku gagal sekali.. Sebb gagal tu la kunci kejayaan.. :) smile

kedua, aku akan berusaha menjadi anak yang solehah and pelajar yang rajin.. heeee. waaa. exam wat kite stress kan. aih , tak suke la. Tapi tak pe. . Setiap kesusahan pasti ade kesenangan kan. :) smile again

tinggal setahun setgh je aku nak abeh belajr. yeah! Go myza go! tak sabar kot.


semoga kenangan lepas mengajar kita erti kehidupan sebenar. aminn. 
ok nak tido jap. pala dah pening. salam :) smile always.

kelopak jantung hatiku