Monday, 27 February 2012

ALHAMDULILLAH .. REZEKI 2

mood : happy 
Tengs to ALLAH  
walaupun kekadang kita bersyukur dengan ape yang kita ade
bdwy tengs to MUM
tengs to OPAH
and special tengs to LUQMAN 

I LUV U ALL.   :)


Friday, 24 February 2012

I feel ..

Aku GEMBIRA walapun hakikatnya aku SEDIH. 
Aku TERSENYUM tapi hati ku MENANGIS.
Aku KETAWA tapi jiwa ku masih MERAUNG. 
Aku BERSABAR namun perasaan ini sangat MENCABAR.
Aku BERSEMANGAT tapi diri ini sangat LEMAH .

Tapi aku tahu ALLAH masih sayang kan hambanya. 
Aku rela dicabutkan nyawa ini cepat. 
Supaya dosa di dunia ini tidak semakin bertambah.
Boleh aku menangis sekarang?

KOSONG

Jiwa rasa kosong.
Fikiran menjadi kosong.
Semuanya kosong..

Apa yang aku ingin kan dalam hidup ku musnah macam tu saje .. Mana silapnya? Aku terlalu lembut ke , atau aku terlalu lemah untuk melawan nya balik..

Apa yang aku rasa sekarang tak sama seperti dulu.. Ianya tak kan mudah berubah. Memang ianya tak layak digelar cinta. . 

Aku takot kalu-kalu aku tak dapat menahan diri ini dari melakukan perkara yang bukanbukan. Mana iman ku yang kuat dulu. . Semuanya dah ilang kan.

AKU RASA BENCI SANGAT
SANGAT BENCI 
aku tak boleh hidup di dunia ni. 
rela mati dari  terus menanggung semua ini. !!!


Monday, 13 February 2012

I Feel. :(

Mulakan dengan...  بسم الله الرحمن الرحيم

First of all i want to share my feel right now. . Ya . I'm really sad . But why??
Just want to express all in my heart....boleh kan  ?

Apa kita rasa bila kita drive kereta besar tapi dalam dompet kita tak lepas pon nak isi minyak.
Apa kita rasa bila beli barang-barang dapur hanya cukup2 duit dalam dompet.

Apa kita rasa bila tengok orang withdraw their money semua yang ada dalam bank tu. (sebab dalam bank tu cukup2 je..)

Apa kita rasa bila tengok orang yang kita sayang sanggup buat kita rasa mencukupi padahal hakikatnya dia susah sekarang.



Pernah kita terpikir semua tu bakal kita hadapi 
atau telah pon kita hadapi.

yes! Bila aku luahkan semua ini rasa macam nak nanges je. TAk salah kan... Allah dah berikan kite perasaan ini.. Cume aku minta agar dia dapat kurang kan ape yang hati ni rasa sekarang.

Hanya DIA tempat aku berserah 
dan mengadu nasib ini. perasaan ini. ...

Saturday, 11 February 2012

melukis , mewarna



hari yang penuh dengan pelbagai perkara..
ya!mari melukis adik-adik ku .  :)
disertai oleh 4 budak comell.. (aku pon budaklagi k. haaaa)
aira, isyraf, izzat and saya.   :)
lets we seeeeee.!!!!










nak tunjuk lah gigi dye dah cukup kan.. hihi

budak yang mengira jari cukup tak nak wat peace  :)

coMEL!!!

sekian hari ini....  :)

... muzium taiping yang indah ...

pakcik google punya gambar...(sori la cam tade time ni.)

ok selamat petang sume. aceeceh.. mcam la kau bnyk sangat reader nak bce. tade la saje nak berkongsi satu cerita di petang yang nyaman ni...

actualy aku baru blik dari melawat muzium taiping yang indah itu.  (bahasa 'aku' tu mcam ganas sangat kan. huhu). so nak bahasa kan diri ape ye. *cit!! dah lari tajuk la. 

ok2 tadi dalam kul 3pm , ya selepas anta mak aku kerja tetiba rase nak bawak adik and sedara kecik aku ni gi muzium. Yela duk rumah saja pon bosan kan. So baek gi jalan2 lagi la bes kan. 

Sekarang muzium dah bertukar wajah dah.. Cantik jugak. Ish geram la tade camera.. Bila nak beli cam ni..Jeles je tgk orang laen ambik gambar. Kenangan 2.. sob2  :(

ok2 tak payah nak beremo2 sangat cik miza oi.. teringat tadi sebelum nak kuar rumah, sempat lagi 2 adik aku cakap "akak ni dah macam mak orang".. WHAT!! hello adik ku sayang. akak mu ni muda lagi la . baru 20 thn. itu pun tak cukup lagi k.!

lupe lak nak bagi tau.. Yang ikut tadi aku, aira (adik bongsu. bongsu la sangat. heee),izat and isaf.(sepupu).. so memang toi la aku jdi mak ya. mak tak berbapa. gila kau!!  :)

inilah mereka. cuma yang iman 2 dah meninggal...sbb sakit...


baiklah . disambung lak cerita nya.. sampai2 je trus parking kete. seb baek la .. then trus la msuk . time 2 memang ramai orang la. Sume tangkap gambar..(k! mmg jeles.. pinjam handfon bleh tak syng..heee)

pas dah pusing2 sume part ngat nak pi tgk la kereta api and kapal terbang kat luar 2, hujan lak time 2. ciss. rugi sangat .. tape la . tunggu punya tunggu tak jugak benti. last2 malas ngat nak tunggu pi jugak ambik kereta. then blah trus..

pas budak2 sume dah merengek nak pi mana lak pas ni. jam baru kul 4. Depa lak ajak masuk zoo..Hello adik2 ku sayang .Akak mu ni ta kerja lagi k. so jangan nak mintak yang melampui ya. huh

pusing punya pusing kat lake garden 2 hujan dah nak stop.. Ingat nak pi balik la muzium. tetiba rasa nak pi giant lak. pi la sana lak. 




pas 2 lak si budak isaf ni wat al pulak. . Aku yang dalam kete ni da mara2.. manja sangat budak ni. Dah mengalah kan mak budak dah. ish.. last2 aku paksa dye tido. aku tau dye ngantok.

tengah2 drive nak sampai giant dye dah lena. Last2 adik aku ngan izzat je la msuk . Aku teman dye tido lam kereta je la. Ape lagi seronok sakan la leh masuk giant tanpa aku. yes! FREEDOM!

nyet! aku yang  lam kereta ni dok tunggu la bila diorang ni nak keluar. .SAKAN.

area 5.09pm mak isaf kol . Tanye ade mne . Rupenya sepupu dari simpang 4 datang lak nak gi taman. nak jogging kata nya, ok tak pe la. masalahnya dua budak 2 tak reti2 nak keluar. 

tunggu punya tungu 5.14pm keluar jugak akhirnya... Sabar je la. Tak bleh tahan sungguh , keluar2 dua muka puas. hah! sungguh freedom ye korang. 

pas 2 gerak la balik gi rumah ucu. . Rumah diorang dekat je ngan rumah aku. Sebb 2 diorang selalo betapak kat rumah aku.. 

si kecik ni tak reti2 nak bangun.. Kejut la. Seb baek la bangun. siap pesan lagi sampai rumah jangan nages2 tau senyum je. Yang tak tahan nye suh senyum betoi2 tu senyum wat demo kat aku . Haha. Lesung pipi 2 yang tak bleh belah.  

 ok tamat da. haha. panjang ta.. bosan ek . gambar tak banyk . :P  nak wat cam ne. tunggu aku bli cam dlu yerk.. :)

miss arwah iman.. Dulu aku yang jaga dia time cuti2..  :(  RINDU!

Thursday, 9 February 2012

puisi cinta


salam. kali ni aku nak share satu puisi yang menyentuh jiwa ku. Dibaca ketika majlis persandingan mereka......puisi ni khas buat isteri nya yang tercinta.jum kite layan  :)

Kejutan Zahiril Buat Shera Menangis
Puisi Zahiril buat Shera:
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

..khas untukmu syng..

kelopak jantung hatiku